SMK Pengkalan Chepa 2
Jalan Maktab Perguruan Kota Bharu, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
07 March 2012
Keputusan SPM 2011
Keputusan Peperiksaan SPM 2011 dijangka akan diumumkan pada 22.Mac 2011 ( Khamis).
01 March 2012
25 December 2011
17 Calon `Straight A`s PMR 2011
Seramai 17 calon PMR tahun 2011 telah mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil. Keputusan ini adalah yang terbaik dalam sejarah sekolah ini. Menurut pengetua, Pn. Hjh. Siti Hawa bt Mat keputusan ini adalah berkat usaha guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah ini yang tida
k jemu-jemu berusaha untuk kejayaan PMR. Mohamad Atif b. Manoj dari Tingkatan 2B1 diumumkan pelajar terbaik dengan mendapat 9A.
Anugerah Kokurikulum Negeri Kelantan 2011
Anugerah peringkat negeri ini diberikan kepada SMKPC2 kerana kecemerlangan dalam pengurusan kokurikulum sepanjang tahun 2011. Sesungguhnya sekolah ini mencatat banyak kejayaan dalam bidang kokurikulum sama ada peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan.
19 November 2011
Majlis Penyampaian Wang RM100 Bantuan Awal Persekolahan 2012

Majlis yang diadakan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan ibu bapa. Lebih 90% telah hadir untuk menerima bantuan wang tersebut yang bernilai RM100.00. Salah seorang pelajar yang menerima bantuan ini, Saudari Nazirah, dari tingkatan 4G1 berkata, beliau akan gunakan wang ini dengan sebaik mungkin, terutamanya untuk keperluan persekolahan tahun hadapan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Wanita UNMO Pengkalan Chepa.
15 November 2011
PENGUMUMAN PENTING KEPADA SEMUA PELAJAR SMKPC2
Sekolah ini akan mengadakan majlis penyerahan wang bantuan pelajar RM100 kepada semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 pada hari Jummat ini. Wang ini adalah bantuan yang diumumkan oleh PM dalam Bajet 2012 baru-baru ini. Pihak sekolah meminta semua pelajar memberitahu ibu bapa masing-masing agar datang ke sekolah ini pada hari tersebut. Maklumat aktiviti seperti di bawah:
Tarikh : 18 Nov. 2011
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 petang
Tempat: Foyer 1 Malaysia
Catatan:
a) Sila bawa Kad Pengenalan
b) Wakil kepada ibu bapa tidak akan di terima
c) Pelajar Tingkatan 5 tidak termasuk dalam kumpulan ini
Tarikh : 18 Nov. 2011
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 petang
Tempat: Foyer 1 Malaysia
Catatan:
a) Sila bawa Kad Pengenalan
b) Wakil kepada ibu bapa tidak akan di terima
c) Pelajar Tingkatan 5 tidak termasuk dalam kumpulan ini
12 November 2011
Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2011
Seramai 197 orang calon SPM tahun ini akan menduduki peperiksaan ini yang bermula pada hari Isnin 14 Nov. 2011. Terdapat 2 pusat disediakan oleh pihak sekolah iaitu DA047 dan DA049. Menurut Setiausaha Peperiksaan SPM, En. Mohamed Amin Abdul Rahim tahun ini bilangan calon yang menduduki peperiksaan agak berkurangan berbanding tahun-tahun terdahulu. Semoga semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan Isnin ini dapat menjawab soalan-soalan dengan baik dan bersungguh-sungguh.
Majlis Perpisahan PK HEM
PK Hal Ehwal Murid, Tn Hj. Ibrahim Omar akan berpindah ke SMK Panji sebagai pengetua. Majlis perpisahan untuk beliau telah diadakan pagi tadi bersama-sama semua guru dan pelajar sekolah ini. Majlis menghantar beliau ke sekolah barunya telah diadakan selepas majlis perpisahan ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat . Selamat Bertugas.
Majlis Izin Ilmu dan Solat Hajat SPM 2011
03 November 2011
Malam Jamuan Akhir Tahun
Jamuan tahunan ini diadakan pada 27 Okt. yang lalu, bertempat di Hotel Crown Garden, Kota Bharu. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf. Majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan kehadiran bekas guru-guru yang telah bertukar ke sekolah lain pada tahun ini. Tema pakaian yang ditetapkan oleh penganjur ialah `Merah Menawan`.
16 October 2011
`Top 5`, Peringkat Kebangsaan, Pengurusan Kokurikulum 2011.
Sekolah ini sekali lagi mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Kali ini smkpc2 mendapat kedudukan dalam senarai 5 yang terbaik daripada 16 negeri yang bertanding dalam Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2011. Sekolah ini telah mewakili negeri Kelantan dalam pertandingan tersebut. Pihak sekolah akan menerima anugerah ini yang akan berlangsung di negeri Sarawak tidak lama lagi. Semasa majlis ini barulah diketahui sama sekolah ini akan mendapat ke berapa daripada 5 negeri yang terpilih. Tahniah kepada unit kokurikulum, smkpc2.
15 October 2011
Naib Johan: Pertandingan Kantin Bersih Peringkat Negeri Kelantan.
Sekolah ini telah dianugerahkan tempat ke 2, bagi pertandingan kebersihan kantin peringkat negeri Kelantan tahun 2011. Kejayaan ini adalah hasil usaha semua pihak di sekolah ini sama ada pengusaha, Kafeteria Sri Gemilang, pentadbir sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah ini. Kantin sekolah ini telah lama menjadi contoh kepada sekolah-sekolah sekitarnya kerana sentiasa bersih dan ceria.
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4
Peperiksaan ini bermula pada 12.10.2011 dan akan berakhr pada 9 .11.2011. Semua pelajar tingkat 4 terlibat dalam peperiksaan ini. Selamat menjawab.
04 October 2011
Peperiksaan PMR Sudah Bermula
Majlis Izin Ilmu PMR 2011
27 September 2011
Selamat Datang Pemantau Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
Hari ini sekolah smkpc2 menerima tetamu istemewa daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membuat Pemantauan dan Penilaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2011. Tujuannya untuk membuat pemantauan bagi anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum (Kategori Luar bandar) peringkat Kebangsaan, tahun 2011. SMKPC2 telah dicalonkan oleh JPN Kelantan untuk menyertai anugerah peringkat tertinggi dalam kokurikulum di negara ini. Semoga SMKPC2 beroleh kejayaan.
18 September 2011
Selamat Datang Pengetua Baru, Pn. Siti Hawa bt. Mat
Hari ini sekolah SMKPC2 telah menerima pengetua baru, Pn. Siti Hawa bt. Mat yang sebelum ini bertugas sebagai PKP di SMK Panji. Sambutan terhadap rombongan beliau telah
diadakan tengah hari tadi dalam suasana yang meriah dan ceria. Semasa berucap dalam majlis khas untuknya beliau berasa tanggungjawabnya sekarang sangat besar iaitu menjayakan misi dan visi sekolah, di samping meningkatkan kecemerlangan sekolah. Pn. Pengetua, Selamat Bertugas.
diadakan tengah hari tadi dalam suasana yang meriah dan ceria. Semasa berucap dalam majlis khas untuknya beliau berasa tanggungjawabnya sekarang sangat besar iaitu menjayakan misi dan visi sekolah, di samping meningkatkan kecemerlangan sekolah. Pn. Pengetua, Selamat Bertugas.
Subscribe to:
Posts (Atom)